AHLAN WA SAHLAN


Monday, December 12, 2011

BERIMAN KEPADA RASUL


Pengertian Nabi dan Rasul.
Beriman kepada rasul ialah rukun iman keempat. Setiap muslim wajib beriman kepada semua rasul yang disebut di dalam Al-quran. Setiap rasul adalah nabi tetapi bukan semua nabi menjadi rasul. Perbezaan antara nabi dan rasul adalah seperti berikut.

Perkara
Nabi
Rasul
Pengertian dari segi bahasa
Orang yang membawa berita ghaib
Utusan kepada sesuatu tempat.
Pengertian dari segi istilah
Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya sendiri, tetapi tidak diperintah untuk menyampaikan risalah kepada orang lain.
Lelaki yang dipilih oleh Allah yang dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya sendiri, dan diperintah untuk menyampaikan risalah kepada umatnya.
Bilangan
Ramai tetapi tidak dapat dipastikan jumlah.
Yang wajib diketahui 25 orang.
Kitab/sahif
Sebahagian menerima sahif sahaja.
Sebahagian menerima sahif dan kitab.
Tugas
-Tidak ditugaskan menyampaikan wahyu Allah
-tidak ditentukan umat yang dipimpin.
-ditugaskan menyampaikan wahyu Allah.
-mempunyai umat yang dipimpin.


Setiap muslim wajib beriman kepada 25 orang rasul yang disebut nama mereka di dalam Al-quran. Orang yang mengingkari salah seorang rasul tersebut dianggap terbatal imannya. Firman Allah S.W.T :   

150. Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya Yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu:
151. mereka itulah orang-orang Yang kafir Dengan sebenar-benarnya. dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa Yang menghina.

(Surah an-Nisa : 150-151)


Tugas-tugas Rasul.

v Menyampaikan wahyu Allah.

v Membimbing manusia mengenal Allah dan membersihkan hati daripada perkara-perkara syirik.

v Mengajar manusia cara beribadah dan menjalani kehidupan berlandaskan syariat.
v Menjadi tauladan kepada umat manusia dalam segenap lapangan hidup.

Rasul sebagai Pemimpin





Rasul sebagai Pemimpin

(dalam rumahtangga)
        suami yang bertanggungjawab
        bapa yang penyayang
        anak yang mengenang jasa ibu bapa.
        menjadi contoh terbaik dalam pendidikan anak-anak

(dalam rumahtangga)
        suami yang bertanggungjawab
        bapa yang penyayang
        anak yang mengenang jasa ibu bapa.
        menjadi contoh terbaik dalam pendidikan anak-anak

(dalam sebuah negara)
        memimpin negara Madinah dengan adil dan saksama.
        mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.
        mewujudkan kestabilan politik.



Ketaatan kepada Rasul
Setiap orang yang beriman wajib mentaati segala perintah rasul kerana ketaatan kepada rasul adalah ketaatan Allah S.W.T. Sebaliknya, orang yang mengingkari perintah rasul beerti mengingkari perintah Allah. Firman Allah: 
 
80. sesiapa Yang taat kepada Rasulullah, maka Sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa Yang berpaling ingkar, maka (janganlah Engkau berdukacita Wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

(surah an-Nisa :80)


Ketaatan yang mutlak wajib diberikan kepada Rasulullah S.A.W kerana junjungan membawa ajaran Islam yang lengkap dan sempurna. Firman Allah :
4 t
3. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Maidah : 3)

Oleh itu, umat Islam hendaklah merujuk semua perkara dalam urusan kehidupan mereka kepada Al-quran dan as-Sunnah. Kita juga hendaklah mencintai Rasulullah S.A.W melebihi segala-galanya. Sabda Rasulullah S.A.W:
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده، ووالده، والناس أجمعين.


Maksudnya: tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dikasihi daripada anaknya, bapanya dan semua manusia.

No comments:

Post a Comment