Nabi Idris a.s
Atas daya usaha Nabi Sheth A.S., sesetengah
manusia mula mempercayai Allah. Masa berlalu, mereka mula menyembah berhala nabi
mereka. Mereka mula menjadi tidak beragama, menyembah banyak tuhan dan tidak
lagi beriman dengan Allah. Mereka mengambil jalan yang salah dalam hidup mereka.
Pada suatu masa tertentu, Allah telah mengutuskan Nabi Idris A.S. untuk memulih
dan membimbing mereka yang telah hanyut itu. Allah telah menyebutnya dalam
al-Quran seperti berikut:
" Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka
kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang
yang sangat membenarkan dan seorang nabi" (Maryam, 19: 56)
Seruan dan
Penentangan
Nabi Idris A.S. menyeru umatnya kembali menyembah Tuhan
yang satu. Baginda mengarahkan umatnya untuk meninggalkan penyembahan berhala
mereka. Baginda menekankan bahawa mereka tidak boleh dikuasai oleh sifat
cintakan harta dan kekayaan. Baginda menegah mereka daripada meminum arak dan
minuman lain yang memabukkan. Hanya segelintir sahaja yang mendengar seruan
baginda tetapi majoriti daripada mereka menentang keras terhadap baginda. Namun
begitu, Nabi Idris A.S. tetap tidak berputus asa dan terus menyeru tanpa goyah
pendiriannya. Baginda dihargai atas keimanan dan kesabaran yang
kental.
"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris, dan Dzulkifli. Mereka semua
termasuk orang-orang yang sabar. Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat
Kami, sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh" (Al-Anbiyya, 21:
85-86)
Penghijrahan ke Mesir
Walaupun dengan usaha
yang tidak mengenal penat, Nabi Idris A.S. masih tidak dapat mencapai kejayaan
yang sepatutnya dan baginda rasa tercabar dengan kelakuan para penduduk zaman
itu. Lalu baginda diarahkan untuk berhijrah ke Mesir dan melaksanakan tugasnya
di tebing sungai Nil. Baginda menyeru supaya menuju kepada agama Allah kepada
pelbagai kumpulan masyarakat dan menasihati mereka supaya berbuat baik dan
bertamadun. Akhirnya baginda berjaya membawa perubahan dari segi moral dan
sosial hidup masyarakat tersebut.
Kata-kata daripada Nabi
Idris
Baginda mengajar dengan teguran dan nasihat yang baik seperti
berikut:
1. Jangan berasa dengki dengan kekayaan orang lain.
2. Sesiapa
yang mempunyai keinginan yang tidak terbatas, akan menghalangnya daripada
berpuashati dengan kekayaan yang diperolehi.
3. Seseorang mestilah ikhlas
dalam pengabdian kepada Allah.
4. Berdosa jika melakukan sumpah yang
salah.
5. Sabar adalah kunci kejayaan
6. Sesiapa yang mengawal
nafsunya adalah seorang yang bertuah. Golongan yang berbuat baik sahaja akan
hidup dalam syafaat daripada Allah semasa hari pembalasan.
7. Sesiapa yang
ingin mencapai kesempurnaan dalam ilmu, sepatutnya tidak terlibat dengan
perlakuan yang tidak bermoral.
Nabi yang Mengetahui
Nabi
Idris dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam A.S. Baginda adalah
manusia pertama yang belajar menulis. Diketahui bahawa 30 bahagian ayat-ayat
suci Allah diwahyukan kepada baginda. Baginda adalah manusia yang menemui sains
astronomi dan aritmetik.
Kematian Nabi Idris A.S.
Nabi
Idris A.S. diangkat ke syurga ketika berusia 365 tahun. Ibn Jarir mengaitkannya
dalam Rauzatul Ahbab yang Nabi Idris A.S. adalah sahabat kepada malaikat di
dalam syurga. Malaikat telah mengangkat baginda ke syurga dan apabila mereka
sampai di syurga aras keempat, mereka terjumpa dengan malaikat maut. Malaikat
yang mengiringi Nabi Idris A.S. bertanya kepada malaikat maut tentang usia hidup
Nabi Idris A.S. dan malaikat maut menjawab:
"Dimanakah Idris ? kerana aku
diperintahkan untuk mencabut nyawanya"
Nabi Idris kemudiannya bersemadi
di syurga aras keempat dan wafat di dalam sayap malaikat yang membawanya ke
syurga. Mutwaslah adalah salah seorang anaknya yang diketahui telah membina
tanda untuk Nabi Idris di bumi.
No comments:
Post a Comment