Kisah Nabi Sulaiman a.s
kisah Nabi sulaiman dan burung hud-hud(belatuk)
Nabi Sulaiman a.s. adalah anak bongsu
kepada Nabi Dawud a.s. Baginda dilahirkan di Jurusalem. Ibu baginda bernama
Saba. Oleh kerana dia adalah anak lelaki yang berketerampilan, Nabi Dawud a.s.
melantik baginda sebagai pewaris dan diangkat menaiki takhta selepas kematian
bapa baginda. Baginda adalah seorang yang bijaksana, penguasa yang adil dan
mempunyai pegangan kepercayaan yang utuh.
Nabi Sulaiman a.s. Membuat Keputusan.
Nabi Sulaiman dianugerahkan dengan kebijaksanaan membuat keputusan dalam kes yang rumit. Pada suatu hari berlaku pertikaian antara dua lelaki. Mereka telah mengutarakannya kepada Nabi Dawud a.s.
Salah seorangnya berkata: "Tuan, kambingnya telah menceroboh tanamanku. Tanamanku telah musnah dan menyebabkan kerugian. Kerugian ini mesti dibayar pampasan oleh pemilik kambing."
Pengembala kambing sangat miskin dan tiada berharta kecuali kambing-kambing itu. Kerosakan yang berlaku melebihi harga kambingnya. Nabi Dawud a.s. telah memerintahkan lelaki tersebut supaya memberikan kambingnya kepada pemilik tanah sebagai membayar gantirugi. Nabi Sulaiman a.s. yang ketika itu masih muda remaja telah mendengar pengadilan tersebut lalu dia bercakap dengan penuh hormat.
"Bapaku, tidak dinafikan, keputusanmu adalah betul tetapi adalah lebih sesuai sekiranya semua kambing digunakan untuk susu dan bulunya sahaja. Pengembala kambing patut diarah untuk berkhidmat kepada pemilik tanah sehingga keadaan ladang kembali sempurna. Apabila selesai semuanya, semua kambing mesti dipulangkan semula kepada pengembala tersebut."
Semua yang hadir menyaksikan pengadilan itu bersetuju dengan pendapat Sulaiman. Nabi Dawud a.s. sangat menghargai keputusan yang adil tersebut dan memerintahkan kedua pihak melaksanakan seperti yang disarankan itu. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan (ingatlah kisah) Dawud dan Sulaiman, di waktu kedua-duanya memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosakkan oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan ilmu kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu."
(Al-Anbiya', 21: 78-79)
Kuasa Menundukkan Angin
Nabi Sulaiman a.s. mewarisi sifat murni bapanya. Baginda dianugerahkan dengan anugerah yang istimewa. Angin menjadi suruhan kepada baginda dan baginda dengan mudah dapat melakukan perjalanan jauh dengan sekelip mata sahaja. Allah telah menerangkan dalam ayat beberapa ayat al-Quran yang bermaksud:
"Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana sahaja yang dikehendakinya" (Shaad, 38: 36)
"Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Anbiyaa', 21: 81)
Memahami Bahasa Burung
Nabi Sulaiman a.s. dianugerahkan dengan ilmu untuk memahami bahasa burung, serangga dan binatang-binatang lain. Baginda juga mampu bercakap dengan mereka sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan Sulaiman telah mewarisi Dawud dan dia berkata: "Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata"" (An-Naml, 27: 16)
Nabi Sulaiman a.s. dan jin
Nabi Sulaiman a.s. juga berkuasa ke atas jin dan syaitan. Baginda menggunakan mereka untuk berkhidmat dengan baginda. Baginda memberi arahan tanpa rasa dendam atau iri hati. Mereka akan dihukum sekiranya mereka ingkar akan suruhan baginda. Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin di antara mereka dari perintah Kami. Kami rasakan kepadanya azab neraka yang menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Dawud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih" (Saba', 34: 12-13)
"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan)" (An-Naml, 27: 17)
Telah dinyatakan bahawa Nabi Sulaiman a.s. menakluk jin-jin untuk menolong baginda membina rumah suci Baitul Muqaddis (Masjid Aqsa)
Nabi Yang Menyayangi Kuda
Nabi Sulaiman a.s. sangat menyayangi kuda. Kuda-kuda adalah aset penting dalam ketenteraan negara. Apabila kuda-kuda tersebut pulang daripada sesuatu misi, baginda akan memberikan rawatan yang rapi ke atas leher dan buku lali yang tercedera. Baginda akan melaksanakannya sebagai tanda terima kasih terhadap kesetiaan dan ketangkasan kuda-kuda tersebut.
Kisah Permaisuri Saba
Kawasan yang meliputi negara Yaman sekarang pernah diperintah oleh seorang permaisuri bernama Ratu Balqis. Kawasan itu dikenali sebagai Saba dan merupakan sebuah kerajaan yang makmur. Ratu Balqis telah mentadbir dengan begitu baik sehingga rakyatnya dapat mencapai tamadun yang tinggi pada waktu itu. Pada suatu hari burung Hud telah memaklumkan kepada Nabi Sulaiman a.s. tentang kemakmuran kerajaan Saba. Ia berkata:
"Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang Mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan" (An-Naml, 27: 22-25)
Setelah mendengar berita tersebut, Nabi Sulaiman a.s. seorang nabi dan raja telah menulis surat kepada ratu tersebut yang disampaikan melalui burung hud. Baginda memberi amaran kepada Ratu Balqis supaya jangan sombong dengan kuasanya dan menasihatinya untuk beriman dengan Allah dan menuruti segala perintah-Nya. Ratu Balqis telah membaca surat tersebut dan berasa sangat keliru. Sebagai seorang wanita yang berwaspada, dia telah memanggil para pembesar yang lain untuk meminta pandangan mereka. Sesetengah pembesar yang angkuh menyarankan supaya menentang Nabi Sulaiman a.s. manakala yang lain menyerahkan kepada ratu untuk membuat keputusan.
"Berkatalah ia (Balqis): "Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri. Berkata dia (Balqis): "Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku)". Mereka menjawab: "Kita adalah orang-orang memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan"" (An-Naml, 27: 29-33)
Ratu itu tidak mahu melibatkan negaranya dengan peperangan kerana akhirnya akan menyebabkan kemusnahan sahaja. Baginda memikirkan satu rancangan dan menyediakan hadiah yang berharga untuk Nabi Sulaiman a.s. Ratu Balqis merancang untuk mewujudkan hubungan baik dan mencari jalan perdamaian melalui pemberian tersebut. Namun kekayaan tiada bermakna bagi Nabi Sulaiman a.s. Baginda sangat kecewa dengan pemberian tersebut dan mengembalikannya bersama dengan kata-kata yang tajam kepada utusan ratu tersebut.
"Aku tidak inginkan kekayaan. Bagiku pemberian yang mahal ini adalah tidak penting. Aku harap ratu dan para pengikutnya menyembah Allah dan mengikut kepercayaan agama yang benar. Aku akan menyerang negara kamu sekiranya ratu itu enggan berbuat demikian"
Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya bergerak melalui lembah semut untuk menyerang kerajaan Saba. Di lembah tersebut, baginda terdengar perbualan semut-semut yang bergegas melarikan diri ke lubang untuk mengelakkan dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman a.s. Baginda berasa kasihan dan dan mendapat pengajaran untuk menyelamatkan nyawa dan kemuliaan makhluk yang merendah diri. Baginda merasakan bahawa ratu dan rakyatnya hanya seperti makhluk yang merendah diri. Mereka tidak sepatutnya diserang dan dibunuh untuk berkuasa di muka bumi. Telah diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari, maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."" (An-Naml, 27: 18-19)
Baginda tidak meneruskan serangan kerana baginda suka pembunuhan beramai-ramai yang disebabkan oleh pertelingkahan antara kedua angkatan tentera. Matlamatnya ialah untuk memulihkan Ratu Balqis dan rakyat negara Saba. Baginda ingin membawa mereka ke jalan yang benar dan berharap dapat menyelamatkan mereka daripada godaan syaitan.
Apabila Ratu Balqis mendengar khabar angin tentang penyerangan oleh Nabi Sulaiman a.s., dia pun pergi menemui baginda bagi menyelesaikan masalah tersebut. Apabila kedatangan ratu itu diketahui oleh Nabi Sulaiman a.s., maka diperintahkan jin-jin untuk membawa singgahsana ratu dengan sekelip mata. Perintahnya ditunaikan dengan segera dan apabila Ratu Balqis sampai di tempat Nabi Sulaiman a.s. , dia ditanya mengenai singgahsana tersebut. Ratu Balqis mengenalinya dan berkata:
" Aku sudah sedia maklum akan kuasa dan keagungan tuanku. Aku datang kepadamu sebagai seorang hamba yang patuh"
Ayat al-Quran yang bermaksud:
"Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: "Serupa inikah singgahsanamu?" Dia menjawab: "Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri." Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya), kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang kafir" (An-Naml, 27: 42-43)
Ratu Balqis telah dibawa ke dalam istana yang yang sangat indah. Lantainya diperbuat daripada kaca yang bergemerlapan yang menampakkannya seperti air yang mengalir. Ratu Balqis mengangkat kainnya apabila melalui lantai tersebut apabila berjalan di atas lantai tersebut. Kemudian dia diberitahu bahawa ia bukanlah air sebenarnya.
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam" (An-Naml, 27: 44)
Ratu Balqis akhirnya berasa menyesal dan menerima agama Allah. Nabi Sulaiman a.s. memerintah selama 30 tahun. Baginda meninggal pada usia 89 tahun. Selepas kematian baginda, putera baginda Rohoboam menjadi raja. Rohoboamhidup dalam kemewahan mengikut keinginannya. Rakyat telah bangun memberontak lalu menjatuhkannya .Tidak lama selepas itu warisan pemerintahan Nabi Dawud a.s. pun berakhir.

No comments:
Post a Comment